Home » , , » Dukun 2007

Dukun 2007






Tajuk: Dukun
Tahun: 2007
Genre: Seram

Masihkah korang ingat tentang kewujudan filem Dukun sekitar Disember 2007? Filem ini adalah antara filem yang sangat ditunggu tunggu ketika itu tetapi ramai yang kecewa kerana filem arahan Dain Said itu telah diharamkan kerana dikatakan melanggar sensitiviti dan menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.
Filem Dukun merupakan sebuah adaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Allahyarham Datuk Mazlan Idris dan selebriti Mona Fandey yang merupakan seorang pengamal ilmu hitam.
Dia dan rakannya telah ditangkap dan perbicaraan yang sensasi dan menarik perhatian umum untuk pembunuhan Mazlan berlaku pada tahun 1994. Mereka akhirnya disabitkan dengan pembunuhan dan dijatuhi hukuman mati. Mereka digantung pada 2001 di Penjara Kajang. Dipercayai, sebelum Mona Fandey digantung, dia mengucapkan sesuatu sambil tersenyum jahat, iaitu..
"Aku Tak Akan Mati...."





Klik butang "Play" untuk menonton.


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015 Popcorn Tube
Distributed By Gooyaabi Templates